Thursday, 26 September 2013

Friends of mine

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rindu sangat kat someone.. Hmmm... Someone yang tak kurang istimewanya dalam hidup saya..
Maklumlah, ramai dalam list sesayangs saya ni...

Yang dirindui ni dua orang... Mula kenal mereka sejak Nurul berumur 17 tahun (which is lepas SPM and masa jejak kaki kat UiTM) Diorang sentiasa ada untk saya sampai la sekarang.. Waktu sedih, perit, nangis, kecewa, stress, bosan, marah, bengang dan gembira semua diorang ada.. Walau jarang2 jumpa sebab kesibukan krja and personal life, kami tetap dihubungkan melalui BBM, Whatsapp, WeChat, email dan telefon.*Macam promote plak kan. Kadang-kadang telefon company..(tu pun sebab kami kerja under group yg sama).

*PERINGATAN: I'm talking about ladies ye..So to my sayang Encik GA, jangan la terasa hati tau..awak pun dalam list sesayangs saya..Cuma nama awak kat tepi ada simbol love skit.. wink .*

Mula2 kenal dulu, macam2 kerenah kebudakan yg dah kita lalui....including kene serang dalam bilik waktu kat kolej dulu....(korang faham2 je la sape ye....xmau sebut kat sini...) sorg lagi slalu bw sy pg band club (tak ingat dah ape kita slalu panggil tu) n blajar music kononnya.tapi xreti2 gak smpi skang..jatuh cinta monyet ada la...(yg ni pun korg sndiri la tahu sape)..xkurang juga yg bwak sy join lelab kebudayaan..all the zapin steps still fresh in my mind..actually I really miss those moments dgn u guys..

Seorang ni asyik ada je untuk dgr sy bebel n marah2 pastu dia pun join skali..dia juga yg asyik suruh saya sabar2...pastu asyik bising jgn slalu minum coffee..rasanya dia sangat tahu my good and bad side..hehehe..so sape nak betul2 tahu pasal saya kene grab dia dulu kot..(ini rahsia antara kita je tau.) katanya lagi, kene selalu exercise untuk buang asid dalam badan..(okay semua yang jual pelekat2 untuk buang asid boleh tutup kedai kalau semua org selalu pg jogging.....nak kahwin tahun ni juga katanya...tapi kalau kamu kahwin tahun ni terpaksalah cari pengapit lain..hehehe

Yang sorg lagi, dari dulu asyik marah n suruh saya 'move on'...move on in terms of having a better career life ye...jgn duk kat takuk lama je..takut sgt nak jump katanya..mommy cantik to a daughter n son...grg xhengat punye..org melaka katakn...

To both of u... u guys really influenced my life...love u so much...thank u sbb marah2...

Those great idea of still having you guys as the musketeers in my life will never be regretted.....

Thank you liza n jaja...

Tuesday, 21 May 2013

Trainee Marcom

Her last day here at Dorsett KL.

Ada masa datang lawat2 kitorang kat sini ya.

Appreciate all those memories k.

Hope to see you around.

Good luck!!!!!

Monday, 26 November 2012

Side mirror Viva ku dicuri

Pagi2 lagi dah di beri dugaan. Dua2 side mirror dah kena curi.. Memang sengaja nak suruh labur kat kereta lah ni... Kereta dah merajuk sebab asyik kena ignore je..

Sedih lah..Siapa lah yang takde kerja sangat sampai side mirror pun nak curi. Ke nak ganti kat kereta korang sebab side mirror korang kena curi jugak. Apa2 pun, saya doakan korang taubat la cepat2 ye. Kang mati tak sempat taubat haru je. Kesian la kat mak bapak korang yang jaga korang dari kecik tu..

Semoga korang di beri hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar ya...

Sekian.... 

Friday, 2 November 2012

No Title - can also be the title

It has been a while since i last update my blog...

Stressful personal life + Wonderful working life

Seems balance...but then quite suffering...full of pain after 5.30pm and feel incredibly happy from 9.00am to 5.30pm (which is the working hours).

Yes, smile can hide so many pains and suffering but then your closed friends will really feel it. It's really not fair to them or even to myself... *blurgh....need coffee again i believe.

I try to hold on..long enough i believe but now here i go again, stumble down back to earth... tiring as how it sounds. 

Blessed to have so many friends around to help me get back together.  Thank you to Kavitha and Abang Redha for the brain-washed session last night.. I really need a tight slap on my face to wake me up.. Oh.. or as Abang Redha said "go to Starbucks, buy a coffee and splash it on your face... and make sure the coffee is hot".. I will remember that. To Kavitha, thank you for allowing me to introduce the other side of me to you... 

Since Abang Redha is leaving, we will hardly hangout together. Thanks for all the Starbuck's treat for all the while abang...hehe

Okay, for the "loser of your own", please don't take me for granted.. I am tired and fade up of it. Stop asking me to do this and that. I'm not going to be the kind-hearted and polite little girl that you can fool around anymore.

Well, i might write this upon my frustration and appointments that i have towards you. But then I don't care. You should know what i feel towards you,  what you did, what you didn't do and all the mistreat..

Okay...enough talking about you... till i write again...

~lots of love....xoxo~

Friday, 12 October 2012

Setiap kejadian.....

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.. 


Percayalah sesungguhnya segala yang belaku ada hikmah di sebaliknya..Kita hanya mampu merancang dan Allah S.W.T yang menentukannya..

Wednesday, 14 September 2011

Jawapan kepada sembilan persoalan Atheis

Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:
Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”
Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat.

Cuma berkongsi. Dipetik dari http://mediasiber.com/jawapan-kepada-sembilan-persoalan-atheis/

Tuesday, 19 July 2011

From the bottom of my heart - Dedicated to my late Grandma....

Dear GRANDMA...........

Just want to share what I have wrote 5 years ago....Writing with tears in my eyes and regret for what I had not done for her...I wrote this just a few days after I lost 1 of my LOVES ONE....She left us forever but she is still ALIVE in our mind and heart....I dedicated this to my BELOVED GRANDMA....Mrs  Philis Percil Pereira...May she Rest In Peace.....

She was a lady, a wife, a mother, a grandma & also a friend
She had spent her life time pleasing and appreciating others
She was an ordinary lady
with extraordinary strength to love and forgive others
Forgive and forget was what she practiced and taught others
Never ask but always giving without asking the reason why

Lady with a big and brave heart
Would do anything to pleased her loves one,
even sometimes it do hurt her own feelings
She loved her husband, her children & her grandchildren with all her heart
I keep wondering, do she received the same love from us
She kept all the hardness of life to her ownself

We don't even know she is leaving us
She kept it to herself
Is it no one bother to ask or us is too busy to realize
We know when nothing else can be done,
when she is just waiting for the time to leave us forever
All the pain, all the suffering, she kept it to her ownself
Do not want us to worry about anything and just living a normal, busy and chaotic life
And we had been ignoring the most important things in our life; HER

Will it be the same if she shared?
Will it be the same if we ask?
Will it be the same if we just stop thinking about our ownself for a second
and think just about her for that one second?

She ask nothing from us
She just keep giving, her entire life is always about us
She loves us so much and she kept all the sadness and pain she felt, for her ownself

It was way too late to regret
We learned from what had happened and pray same things will not happen in future
For the love she nourished us,
we will appreciate and let the love grow in our heart and in our family
Keeping her in our mind and soul

All the meaningful thought she taught us
All the message she deliver to us
All the advises she had been advising us
All the memories while she alive
...will always live as long as we are breathing
And we will tell the story of her to our children as well...
We love you with all the love we have.....and we will miss you forever

(November'06)
your grandaughter (very closed to you....seeing and feeling the pain of yours but do not know about your CANCER either..Im sorry Grandma, but nothing much can I do when I'm not knowing....)

*****Forgiveness means letting go the past while you learned from it......Love you all...